Isnin, 2 Mei 2011

Perkhemahan Keris Emas&Perak PKK 027

PKK 027 SK Batu Rakit telah menyertai kursus Lencana Kemajuan Keris Perak&Emas bertempat di Kem Telaga Batin@ Institut Integriti Terengganu pada 7- 9 April 2011. Seramai 2 orang ahli layak memakai lencana kemajuan Keris Emas , manakala 6 orang lagi layak memakai lencana keris Perak.











 Buat julung kalinya ahli PKK 027 layak memakai lencana kemajuan Keris Emas. Diharapkan kedua -dua ahli PKK yang berjaya memakai Lencana Kemajuan Keris Emas menunjukkan kepimpinan dan teladan yang baik kepada ahli lain dan berusaha mendapat Rambu Pengakap Kanak - Kanak.

Sabtu, 23 April 2011

Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 21& Program Cakna Cemerlang

Mesyuarat Agong PIBG kali ke 21 & Program Cakna Cemerlang UPSR 2011 telah diadakan pada 22 April 2011 bermula jam 9.00 pagi bertempat di kantin SKBR. Rektor TATI uC, Dr Rozailan bin Mamat@Ibrahim telah diundang khas untuk menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan majlis.

















Sesi Motivasi Bersama Nor Zulaikha Ismail

Sesi motivasi untuk murid tahun 6 telah diadakan pada 20 April 2011 bertempat di Pusat Sumber Sekolah.bersama Saudari Nor Zulaikha binti Ismail, pelajar SMKA Tok Jiring yang telah berjaya mendapat 11A+ dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010. Beliau ialah mantan pelajar SK Batu Rakit yang pernah belajar antara tahun 2001 - 2006. Sebelum melanjutkan persekolahannya di SMKA Tok Jiring, beliau berjaya mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada tahun 2006.









video
Semoga calon - calon UPSR 2011 SKBR mengambil iktibar di atas kejayaan yang dikecapi oleh Saudari Nor Zulaika.

Rabu, 13 April 2011

Pasukan Bola Sepak SKBR 2011

Pasukan bola sepak bawah 12 tahun SKBR hanya mampu merangkul naib johan peringkat zon sahaja. Walaubagaimana pun kesungguhan para pemain dalam setiap aksi amatlah membanggakan. Jutaan terima kasih dan syabas diucapkan kepada jurulatih utama, Cikgu Afendi Mohamed yang telah melatih para pemain sejak awal tahun lagi  tanpa mengira waktu. Antara gambar -gambar perlawanan yang sempat di rakam:






Selasa, 12 April 2011

Kem Ibadat 2011

Kem Ibadat 2011 telah diadakan pada 24-26 Mac yang lalu adalah rentetan daripada Kem Ibadat 2010 yang dikelolakan oleh Panitia Agama Islam. Objektifnya adalah untuk memantapkan ibadat sembahyang dikalangan murid tahun 6.